myYETI , mySRAM, myNIKON, myTRAVEL and old boys

Latest

Extending Fork Steerer Tube!!!!!

Membeli basikal or parts 2nd hand memang murah and berbaloi TAPI ada buruknya…..contoh, fork aku…..masa beli tak pikir pasal panjang steerer so tanggunglah, tubing pendek 1 inch……buat research and pandapat dari kankawan aku rasa ini yang terbaik dan murah i/o buying new one……aku dapat idea ni dari youtube….

 

 

DAN video bawah ni apa yang aku dah buat dengan steerer tube FOX aku......remarkably done .....thanx to Faizal Dreamwork

Malakoff…mungkin aku datang lagi….

 

Thanx to Khaw Eng Soon photo


Menyahut cabaran Sdr Adi Hariman aku pun register Malakof Interstate ni…..aku ingatkan dulu2 event ni hanya special utk Road Bike jer rupa2nya basikal apa pun boleh….persediaan mental okay cuma fizikal jer yang hampeh….180km adalah sesuatu yg aku belum pernah buat dengan Cik Yeti aku…..why not try,…..161km  SP to P.Hulu back to SP dah……75km Tamparuli to Kundasang dah…..78km Tambunan to Gunung Alab dah……145km Serian to Sri Aman dah…….harap2 yang ni pun lepas lahhh….

Aku sampai penang seawal 2ptg, biasalah lepak KSH shopping sikit2 utk my new Nomad ….hotel, very hard to find sebab ramai yang datang nak celeberate (konon) but aku dapat jugak depan sup hameed….harga okay tapi yang tak okay bila nak tidur bising nak mampus….macam hotel kat Dannok….Pukul 5am bangun bersiap, hati dah dipujuk semangat jahat…’cancell ja kayuh, sambung tidur lagi bagus’…..semangat jahat ni terus kacau hingga ke parking Youth Park….sementara membuat last checking kat bike aku, hujan turun plak…..ahhh, memang tak kayuh la aku ni so masuk dalam kereta….waktu inilah yang paling kritikal peperangan antara good and bad spirit ditambah pulak jersi yang terlalu kecik size m….aku applied size L….pastu no jersey no bridge ride plak ( arahan penganjur)….INI TIDAK ADIL….aku nak pi pejabat DAP komplen….hhehehe….tak kan kot…..agak2 la….aku berjaya overcome mental jahat aku, pakai jersey lain pastu jersey ‘subsidi’ aku just pakai sebagai syarat and after sampai di 1st check point aku ‘ campak’ jersi tu masuk one of media car…..

Talking about ride….fantastic feeling…..sebelum nak naik bridge dah 16km, masuk ja jambatan WOW ….1st time cross bridge with my Cik Yeti and no problem at all nak follow pace geng roadies sampai botol air aku pun terhumban jatuh tapi itu 1st 40km jer pastu dari ploton 2 aku dah tercicir…kayuh sorang2, satu persatu rider potong aku….sememangnya RB lebih power di jalanraya, tiba2 dengar suara panggil….’bro masuk barisan’….ploton ketiga menelan aku, nikmat sungguh semangat camni, siap bagi ruang untuk aku mencelah…..apalagi kayuhan aku kembali laju and disinilah aku rasa apa yang dikatakan kelebihan ploton…..rider 2 yang aku cuba kejar tadi hingga tercungap2 now senang2 ja aku potong….haaaaaa kena beli RB jugak aku ni….tapi sekejap sahaja, aku tercicir lagi dan lagi dan lagi…..TETAPI yang nyatanya aku tak naik lori….kayuh jugak sampai Kulim pastu ‘cut’ guna BKE highway and total mileage aku 154km…..welldone to myself….taun depan kalau aku JADI beli RB aku join, if not tak la kot…..buat teruk badan ja

Gud Bye DSLR…welcome GoPro Hero2

Setelah sekian lama menjinjing, kendong, sangkut D90 kemana saja event MTB maka KayuhLasak 2011 menjadi saksi tiada lagi bayangan Nikon bersama Yeti ku….Go Pro Hero 2, welcome to the dirt……sekarang dah ramai rider ber DSLR so untuk mendapat high quality photo tidak menjadi masalah …..videoclip jer yg takder , thats why  aku jual D90 with all the accessories and bought new GoPro Hero 2 ….aku bukan sahaja nak test kamera ni full HD  or not but nak test pandai shoot and edit tak….new experience ….harap2 KL2011 tak mengecewakan….

lense macam ‘ mata ikan ‘

bole masuk dlm air….

 

Kuching Sibu yg Perit…

Dah seminggu di Malaya….setelah seminggu berkayuh di Sarawak dlm pelbagai keadaan cuaca…..dan aku guna perkataan Malaya sebab tak rasa seperti di Malaysia pun kat sana….cerita menarik memang banyak…ada part yg best  dan ada yg kurang best…..yg tak best kalau nak di listkan lebih kurang macam ni…..kain batik beli 15 pasang ( 3 pasang koyak rabak), terubok masin order 4 , bila bukak pek ada 2 ja…and bila check ngan rider lain, semua terkena….accomodation paling hampeh, lain yg dijanji lain pulak yg di beri, dari mula sampai hinggalah last day kat Kuching….so bab terubok masin, kalau ada sedara mara nak kesana and kirim , make sure pek sendiri…dont let them do it…..YANG BEST LAK, sambutan rider2 kat sana marvelous….terasa di rai…..tak macam riding in Sabah last year…..siap bawa reporter and 2 kali berita pasal kami appear in newspaper….Thanx to Sri Aman Cycling Craze and rider2 from Sarikei especially Alex tauke kedai gadget….ucapan terima kasih yang tak terhingga  untuk Mat Kedah yang bertungkus lumus settlekan tempat tinggal kami di Kuching….TQ mat…

Dihadapan City Hall Sarike

Gambar yang paling aku suka…


Terlepas lagi….!

2 minggu sudah terlepas kayuhan Kedah Sejahtera sebab injured during hockey training, maklumlah ‘urat tua’…..this week miss lagi kayuhan bersama geng Ramly SP @ SPCC……why, INFLUENZA!!!…..anak bongsu demam and batuk keterlaluan selama 2 hari menyebabkan ‘babysitter’ terpaksa membawanya ke sebuah Hospital pakar…..after check n belen….the Doc habaq kat our babysitter, my baby kena influenza so kena tahan kat wad…..huru hara kami sekeluarga…..after recd call from them aku bergegas ke Hospital and terus jumpa Dr yg merawat….katanya positif influenza…..nasib baik ada Kad Debit Medical….then esoknya (khamis) anak lelaki aku pulak kena tahan…..lepas tu emaknye, eldest daughter and last sekali aku lah, on friday night …..heran, 1st thing in my mind…outbreak ke ni?….nurse relax jer…jiran2 pesakit pun relax jer…..denagn penuh sangsi aku ‘google’…..TIPAH TERTIPU……malas nak komen klik sini nak tahu detail….

Yang lagi heran lepas sign discharge form….aku mintak satu salinan bill yg Hospital ni nak claim kat Insurans co…..bole cakap jer TAPI tak boleh print hardcopy selagi tak dapat confirmation from insuran…..apahal depa depa ni, i dont have my own rights ke?……bila masa insuran nak check and balance the bill ngan aku???….so main bayar jer….itulah nasib si timun….

OOh anak-anak……

20 years ago….zaman rock kapak….seluar ketat…..sneak out….ponteng…rokok…name it….a lot…..dan pada ketika itu we no nothing about parenting….dan kitalah malah yang memeningkan mak bapak kita waktu tu…… now we have our own kids….some of us anak  dah mencecah 20an…..anak aku yang sulong 10 years old….rupa2nya jadi parent  memang pening………apa yang aku nak kongsi adalah MASA…..berapa banyak masa kita spend with them…..ada antara kita yg terpaksa hantar anak ke babysitter since born….dah besar masuk tadika then primary…..lepas upsr,  masuk boarding school….lepas tu ‘U’ life….before they gone thru this life circle, how much time can we ‘share’ with them….do we hug and say we love them , do we ‘really’ talk to them everyday…..my eldest now standard 4….if good result , ke asramalah dia….. maybe ada 2 years lagi…if not pun cuma tinggal 8 tahun je lagi aku nak jaga and tatang…..aku  amat2 risau dengan segala apa yang jadi sekeliling kita….bekalan untuk anak2 ini selain ilmu dunia dan akhirat adalah kasih sayang kita…..aku berpesan kepada diri aku dan juga sahabat2 ku…TUNJUKKANLAH….jangan abaikan ‘harta’ yang diamanahkan ini….we wont know what will happen next….bila anak2 ini tiada didepan mata kita  macam2 boleh berlaku….dan yang paling tragis, anak yang secara zahirnya sihat dan aktif tiba2 disahkan sakit….sakit pulak jenis kronik, and membawa maut….ada pulak yang ‘kurang upaya’……tak boleh ulas panjang pasal ni (sensitif)….tapi aku amat amat kagum dengan  sahabat2 aku yang melalui saat getir ini….ujian yang ANDA lalui sangat hebat….jadi sebelum MASA ‘berlari’ meninggalkan kita, carilah aktiviti yang boleh kita berkongsi dengan anak2 ini…..contoh yang paling senang, Mountainbike…..sekarang dah banyak parent yg membawa anak2 berkayuh bersama….untuk si’comel’ pulak bawa ‘carrier’…..so untuk anak lelaki aku, 2 aktiviti aku share….cycling and hockey….SO UNTUK MY MTB FRIEND DI SEKITAR ALOR SETAR DAN SEWAKTU DGNNYA , YANG ADA ANAK LELAKI 10 TAHUN KEBAWAH, JGN SEGAN2 ….IF BERMINAT BOLEH HANTAR ANAK KE HOCKEY TURF KOMPLEK HIJAU KUNING KHAMIS, JUMAAT AND SABTU…..4.30PM TILL 6.PM…..FREE COACHING UNDER 1 MAS PROGRAM AND UNDER OUR TEAM SUPERVISION….AT LEAST AKU BOLEH TURUNKAN ILMU DEKAT ANAK2 HANGPA……wasalam

 

Las’Cope Ride…..’Qerlubee’

Tak ramai yang memberanikan diri nak ‘celen’ bukit ni tambah2 la malam….aku pun kali ke tiga ni, baru berani…tu pun sebab road ride dah takde sesape nak atur……so offroad 1st and last dlm bulan Ramadan….fun tahap gabanlah….tapi ‘adrenaline’ jgn tanya…. hujan,slipery,loose gravel,steep,dark,cold, dan macam2 lah…..panjat 1 jam turun 10 minit…..7 org, 6 fullsus 1 hardtail……aku macam biasa Yeti ‘Amanah Saham Xtra’….3 lampu depan 1 belakang ( takut Lont langgar), knee guard, google,headband,sparetyre, tools, handleg pump and DSLR D90……all sumbat dlm my new HOSS Camelbak…..ok SELAMAT HARI RAYA…jumpa anda di Tomson Trail and KPLR 3…….

hantu banyak kat sini………tengok tengok tengokkkk

“Ukur Baju Di Badan Sendiri..”

Apa maksud peribahasa ini.  Saja2 di’create’ untuk budak2 sekolah or memang berguna untuk semua golongan tak kira bangsa or ugama. Apa kaitan dengan basikal ni?????….hehehe….ada. Ada diantara kita yang mempunyai perasan ‘bersaing’ dalam arena MTB tetapi secara tidak sihat. Basikal siapa yg lebih mahal? Groupset siapa paling up to date? Siapa paling laju? Siapa paling laju? Siapa paling berani? Siapa ada paling banyak basikal?….so bila adanya perasan macamni dan ditambah pulak iman tak kuat, mental pulak hancus….mulalah “ukur jersi dibadan rider lain” tambah2 pulak ukur kat ‘rival’ kita plak…..Maksud aku kat sini bukan shj kewangan tetapi termasuklah kemampuan diri….dari segi kewangan tak payah sentuh, RAMAI yang termakan cabai…..

“Kemampuan diri”…mula2 kayuh bertujuan riadah secara sihat….macam aku, berhenti rokok, berat pun kurang, berkelana sana sini dan kawan satu MALAYA…hehehe….so setelah bertahun berkayuh tiba2 aku dikenalkan dengan satu lagi cabang MTB , all mountain riding….dan basikal aku untuk aktiviti ini, biasalah Yeti ASX…..dan secara serius ‘ i love this bike’ macam definition….dan dah jadi satu fenomena dlm ‘clan MTB jitra’ pakat2 beli all mountain bike ni…..i like…..tapi yang menjadi masalahnya trail….no trail utk entry level…..favorite trail Jitra Bike Park lah….yang dtg semua ahli baru termasuk aku, yang dok suruh try  ( lompat, jump) pulak memang DHler….macam2 pujukan…..boleh2…..tadak papa ehhhh….kalau jatuh pun luka ja…..basikal buat kerja,hg point and shoot saja….bagi contoh boxing pun ada, depa tak tau aku main boxing 2 tahun, tak patah tangan tak patah kaki hehehe….Depa2 ni memang dok main DH bertahun, kita2 ni main XC…. pikir la sendiri……tu pun ada jugak kaki DH depa yg tarik nafas tengok track depa ni .

Pendapat aku….track Jitra Bike Park memang sesuai untuk kaki DH….untuk aku dan kawan2 aku still ada option……’malang kat sini semua berbau’….nak try boleh, tapi tepuk dada tanya selera….mental kena kuat untuk lawan pujukan…..nak seronok satttttt saja, nak sakit lamaaaaaaaaa…..BERANI….banyak tempat lain kita boleh tunjuk berani, tak semestinya dgn basikal…..macam aku kata, kita semua ada option…..nak turun ke tak nak?…..tak turun, amik jalan lain tapi kalau turun ada 2 kemungkinan….jatuh or tak jatuh….tak jatuh ok, kalau jatuh 2 kemunkinan pulak…..bad or worst…..bad, badan luka or berjahit then balik kena bising ngan org umah, potpetpotpet….kalau worst, PATAH….kita ni fragile bukan urat dawai tulang besi…..if we are the only hand feed the whole family….what will happen?…..tak mampu, ukurlah dibadan sendiri…..ini cuma nasihat….PLEASE BACK TO BASIC

Kalau jadi macam ni…gena

macam ni lagi teruk…..

Changlun to Koh Samui

Pada 17 Julai sekumpulan 8 org ahli kayuh basikal berangkat ke Pulau Koh Samui tetapi bukan berbasikal tetapi ber’kapcai’…..again we did it….just in 7 hours arrive at jettyand its about 4++km…..dan yg bestnya kat jeti kelibat ‘dolphin’ perkara biasa….two LC, one Nouvo lc, 3 GTrians, one wave and one ex5……jarak from mainland to island  macam langkawi tapi ferinya sebijik feri penang….slow nak mampus….1 jam 30 min baru sampai……makan amat susah, hotel murah senang…..everything all about charges, MAHAL….sama macam Langkawi…..so aku prefer Phuket lagi……on 18 travel back to SuratThani kalu tak silap 120km…..also makan pun susah…..next day on 19 July travel back to Dannok…..dah 3 weeks tak kayuh ….asyik moto and hoki jer…..plan bulan posa ni…..kena aktif balik kayuhan……

 

Dah lama dahhhh….

Terlalu lama rasanya aku tak update blog…..banyak happening event yg involve aku 2, 3 bulan ni……PCP endurance race, Hatyai jamboree, another Lebai Husin ride, Run10 ride and banyak lagi…..tu tak campur lagi hoki aktiviti…..aku sdg considering nak attend ‘hockey coaching’……just nak menabur bakti pada budak2 sekolah rendah di sekitar Changlun and Bkt kayu Hitam…..and 1st step register as a members with persatuan hoki…..yg lain menyusul kemdian….

Cerita pasal basikal…so banyak…….the most interesting my AM bike with my AM geng…..saban bulan ada saja ahli baru yg termakan racun Lontruth….tahniah dari aku…..sesiapa yg baca writeup akuni ,percayalah…if u ar looking a real fun ride….belilah ‘ekoq lembut’ ternyata tak rugi…..every time my riding group ajak kayuh offroad, i never grab my hardtail…..cuma beza aku dgn geng AM jitra ni, aku kurang berani….nak tackle slope and drop, i prefer at this moment ‘mamanchai’…..insurance pun cover takat RM100k jer….i call it risk management…..dah 2 kali diajak turun G jerai aku  terpaksa  tolak…..kalau aku dah master cornering, droping , steep climbing and FLYING barulah aku sahut cabaran…..

masih berjiwa XC….janji kayuh